Tuesday 24 January 2017

Lirik Lagu Kadet Bomba


KADET BOMBA BERSATU
SAMA BERGANDING BAHU
PEMUDA PEMUDI HARAPAN
TIANG NEGARA……

JIWA RAGA YANG MURNI
TANGGUNGJAWAB MEMBANTU..
DIMANA JUA….
TETAP BERSEDIA……

MENIMBA ILMU JAYA
DEMI MASA HADAPAN
BERWAWASAN MATLAMATNYA
PASTIKAN BERJAYA………………….

KADET BOMBA BERSATU
BERSEMANGAT MEMBARA
CITA-CITA TERSEMAT LUHUR
GIGIH BERUSAHA….
IKRAR KAMI SAHUTKAN
BERANI BERETIKA……

HARUMKAN NAMA
MALAYSIA JAYA 2x

Thursday 19 January 2017

Latihan Kawad Kaki 1

Latihan kawad kaki kadet bomba SMK Tun Aminah 2017. Persiapan ahli kadet bagi menghadapi pertandingan kawad kaki badan beruniform peringkat Daerah Batu Pahat.

Masa : 5.00 petang









Wednesday 18 January 2017

Aktiviti Kadet Bomba 1

18 Januari 2017 ( Rabu )

Ahli Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia SMK Tun Aminah menjalankan aktiviti kemaskini papan maklumat persatuan. Ianya merupakan aktiviti tahunan bagi kadet bomba SMK Tun Aminah.






Tuesday 17 January 2017

Latar Belakang Kadet Bomba

Tujuan Kadet Bomba dan Penyelamat, Malaysia ditubuhkan ialah
  1. Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan.
  2. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara hidup.
  3. Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri serta bertanggungjawab kepada harta benda and masyarakat.
  4. Mengeratkan kerjasama dan persafahaman antara ahli dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.
  5. Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran.
  6. Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota Bomba dan Penyelamat sebagai kerjaya.
Keahlian
  1. Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan.
  2. Keahlian bagi pelajar selain daripada sekolah seperti diatas adalah dibawah tanggungjawab dan tanggungan sendiri dan perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.
Had Umur

Had umur adalah dari 12 tahun ke atas,

Fizikal

Perakuan kesihatan tubuh badan dan kecacatan anggota perlu disahkan oleh ibu/bapa/penjaga mengikut keperluan dengan mengisi dan menandatangani borang yang telah disediakan.

Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga

Kebenaran bertulis ibu bapa/ penjaga hendaklah diperolehi untuk menjadi ahli. Ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi dan menandatangai borang kebenaran ibubapa / penjaga.

Kelucutan Keahlian
  1. Keahlian lucut serta merta apabila ahli kadet berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah yang dinyatakan berkuatkuasa pada tarikh surat berhenti sekolah dikeluarkan.
  2. Keahlian juga lucut apabila kadet melanggar peraturan sekolah yang menjejaskan kredibility Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat jika didapati bersalah oleh lembaga disiplin sekolah.
  3. Surat lucut ahli akan dikeluarkan secara rasmi kepada pelajar dan ibu bapa oleh pihak sekolah (jika berkenaan).
  4. Sekiranya pelajar diterima semula bersekolah, pelajar boleh mengemukakan rayuan kepada guru penasihat pasukan kadet untuk menyertai semula pasukan di sekolah berkenaan dengan nombor pendaftaran baru.

Friday 13 January 2017

Senarai Guru Kadet Bomba


Berikut adalah senarai guru kadet bomba SMK Tun Aminah bagi tahun 2017. Semoga pasukan kadet bomba akan lebih maju dalam semua aktiviti yang disertai.

1. MUHAMAD ARIF BIN ZARIPIN
2. RAMLEE BIN SURADI
3. ADIBAH BINTI MUHAMMAD
4. SITI NORBAIZURA BINTI MD.SUBAHI
5. SITI SUHAILA BINTI ABDULLAH
6. NORAZIMAH BINTI ABD SAMAD
7. NUR HIDAYAH IMANI BINTI GHAZALI